A. Pertandingan Inovasi Pendidikan
- Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah, siswa guru, guru dan pelajar.
- Penyertaan adalah terbuka sama ada individu atau kumpulan. Jika secara kumpulan, setiap kumpulan tidak melebihi lima (5 orang).
- Sebarang projek atau bahan yang berunsur inovasi mesti ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Projek yang dicalonkan mesti berkaitan dengan tema iDBOS18, inovasi pedagogi ke arah Revolusi Industri 4.0.
- Inovasi yang pernah menyertai sebarang pertandingan tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.
- Permohonan untuk penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan.
- Demonstrasi projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh calon atau wakil kumpulan semasa sesi penilaian diadakan.
- Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan secara atas talian adalah pada atau sebelum 5 JUN 2018.
- Peserta perlu menyediakan laporan projek lengkap mengikut format yang ditetapkan (Rujuk Lampiran A) untuk dipamerkan pada hari pertandingan.
B. Pertandingan Bicara Tuntas 2018
- Pertandingan ini terbuka kepada pensyarah IPG, guru-guru dan siswa pelajar.
- Pertandingan Bicara Tuntas Inovasi adalah secara individu.
- Peserta diberi masa selama tiga (3) minit untuk berkongsi idea inovasi dan menyampaikan idea tersebut kepada khalayak penonton dalam Bahasa Melayu secara sehala.
- Peserta juga perlu menyediakan slaid/video untuk ditayangkan semasa pembentangan dibuat.
- Idea bicara tuntas yang dipertandingkan mestilah berdasarkan inovasi yang telah dilaksanakan dan bersesuaian dengan tema pertandingan.
- Inovasi yang dipamerkan juga boleh digunakan untuk tujuan pertandingan.
- Cetusan idea mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
- Keperluan bahan untuk membangunkan idea atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
- Pertandingan akan dinilai oleh panel yang dilantik oleh penganjur dalam kalangan pegawai/pensyarah agensi luar/berkecuali.
- Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan secara atas talian adalah pada atau sebelum 5 JUN 2018.
- Peserta perlu menyediakan laporan projek lengkap mengikut format yang ditetapkan (Rujuk Lampiran B) untuk dipamerkan pada hari pertandingan.
[LIHAT MAKLUMAT LANJUT]
C. Syarat Penyertaan Pameran Blue Ocean Strategy (BOS) 2018
- Penyertaan dalam Pameran BOS 2018 adalah secara jemputan.
- Institusi yang mempunyai projek BOS dan berminat menyertai pameran ini boleh menghubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:
Dr. Ahmad Sobri bin Shuib (Urusetia)
No Tel : 012-5865152
Emel : sobri@ipda.edu.my
Dr.Muhammad Nidzam bin Yaakob (Urusetia)
No Tel : 019-5525372
Emel : nidzam@ipda.edu.my
Dr. Amani binti Dahaman (Peserta Bicara Tuntas Inovasi)
No Tel : 019-4433708
Emel : amanidahaman@ipda.edu.my
Dr. Azizah bt. Sarkowi (Peserta Pertandingan Inovasi)
No. Tel: 012-7038528(HP)
Emel: azizahs@ipda.edu.my
KRITERIA PENILAIAN KREATIVITI DAN INOVASI
Kriteria penilaian ini adalah kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Kreativiti
Inovasi yang dihasilkan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Kesignifikanan
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Kecekapan
Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran.
- “Replicability”
Terdapat bukti inovasi boleh digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau dengan ubah suai mengikut keperluan.
- Keberkesanan kos
Terdapat bukti nyata inovasi dapat meningkatkan produktivit, mempermudahkan atau memperjelaskan sesuatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang sama atau lebih rendah.
- Potensi Pelaksanaan
Terdapat bukti inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan.
Muat turun [Lampiran A]