iDBOS’17

iDBOS’17  : Pertandingan Inovasi Pendidikan dan Pameran BOS 2017

iDBOS’17 merupakan program Pertandingan Inovasi Pendidikan dan digabungkan dengan Pameran Blue Ocean Strategy (BOS). Program ini akan mempertandingkan hasil inovasi pensyarah, siswa guru, guru sekolah dan pelajar dari sekitar zon utara. Sementara untuk Pameran BOS akan memberi peluang kepada institusi yang melaksanakan program BOS untuk mempamerkan projek mereka.

Objektif

Pertandingan ini bertujuan untuk:

  • Membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan siswa guru, pensyarah, guru sekolah dan pelajar
  • Melahirkan pensyarah dan siswa guru yang kreatif dan inovatif
  • Mendedahkan program BOS kepada warga pendidik
  • Menghasilkan dapatan dan inovasi baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
  • Membudayakan amalan pembelajaran berterusan dalam menambahbaik pengurusan, kurikulum dalam kalangan siswa guru dan pensyarah.

Tema :Transformasi Pedagogi ke arah Kelestarian Pembangunan Pendidikan

BahasaPertandingan: Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris

Kategori Penyertaan:
Pertandingan Inovasi Pendidikan

  • Terbuka Pensyarah
  • Terbuka guru sekolah
  • Terbuka Siswa guru/pelajar

Pameran BOS
Jemputan – 10 penyertaan